Thursday 26 January 2012

bleeding rose~


Pernah dgr tak crita nih..aku pun xpasti ngn tajuk dia sama ada btul atau pun tak. tp buku crita ni pernah aku baca tyme aku kecik2 dulu. aku still igt lg jln crita dia... ia berkenaan cinta seekor burung kpd seorang puteri.


Di sebuah istana yg tersergam indah, tinggalnyer seorang puteri yang cantik. Dia di besarkan dengan segala kemewahan yg ada sehingga menyebabkan si puteri tidak dapat merasai perasaan kasih sayang yang sebenar. Jiwa puteri penuh dengan kekosongan. kerana kehidupannya hanyalah pd istana dan rakyat. Dia tidak pernah merasa dirinya di isi dengan kasih dan cinta dr orang di sekelilingnya. 


Setiap hari si puteri akan merenung jauh di sebalik tingkap istananya... tetapi rutin hariannya memang sgt membosankan. walaupun ketenangan dan keindahan taman di istana itu penuh bunga mawar yg mekar namun ia tetap mebosankan jiwa sang puteri. kerana ia menganggap taman itu seperti jiwanya yang kosong dimana ia di penuhi oleh bunga mawar yg berwarna putih sahaja. tidak ada warna lain untuk menceriakan sang puteri.


Pada satu hari ketika puteri membuka jendela istananya, dia terlihat seekor burung yg rancak menyanyi di atas pokok. Burung itu terbang dengan gembiranya sambil menyanyi2 dan hinggap di jendela sang puteri. Burung itu bertanya pd sang puteri , " kenapa tuan puteri yg cantik ini klihatan monyok?". Tuan puteri tidak menhiraukan kehadiran burung itu.. dia hanya merenung taman yg tiada seri di matanya. hari2 seterusnya burung itu trus bertanya...dengan hati yg ikhlas burung itu memberitahu dia snggup melakukan apa sahaja untuk menggembirakan tuan puteri yg dicintai nya. 


Tuan puteri merasa bosan dengan tingkah laku burung itu lalu dia menjawab, " kalau kamu betul2 ingin menggembirakan aku, tukarkan bunga ros putih itu menjadi warna merah dan bawakan pada ku". " baiklah kalau itu mampu menggembirakan tuan puteri patik akan membawanya dan persembakan pada tuan puteri". jawab burung tersebut. Namun, puteri hanya gelak kecil kerana dia tahu burung itu tiada kuasa untuk mengubah bunga ros putih kepada warna merah. Lalu tuan puteri menutup pintu jendela dan masuk ke dalam istanaya. 




Burung itu pun terus terbang dan mencari bunga ros putih yang kembang mekar dan besar untuk di beri kepada tuan puteri. Lalu burung itu mencucuk badannya dengan duri bunga ros yang tajam ke badannya hingga mengeluarkan darah yang merah dan pekat. Burung itu terus menitiskan setiap titisan darahnya di atas kelopak bunga ros putih itu sehingga ia bertukar menjadi warna merah. Setelah siap, dia terbang membawa bunga mawar berwarna merah dan di letakkan di tepi jendela tuan puteri.




Pada keesokan paginya, tuan puteri membuka jendela istananya. Dia terkejut apabila mendapati sekuntum bunga mawar berwarna merah ada di tepi jendelanya. Akan tetapi puteri merasa jijik dengan bunga mawar itu kerana ia di penuhi dengan darah yg merah dan pekat. lalu dia melontarkan bunga mawar itu ke bawah. Maka bersemadilah bunga ros berdarah bersama burung itu di tanah di hadapan jendela istana.  Burung tersebut mati kerana telah banyak kehilangan darah untuk bunga ros tersebut. Stelah itu tuan puteri pun bertukar menjadi burung dan terus hidup bebas mencari teman2 di alam ini setelah terkena sumpahan burung yg sentiasa menggembirakannya selama ini. 


 

4 comments:

  1. hi lotusmockingbird..welcome 2 da club n epi blogging..pehhh nama mu..sush sehh nk nyebot blog mu..he3..k always update ur blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebosanan menjadi penganggur mnyebabkn aku nk buat blog ni..hahaha ntah la tyme free mcm ni bleh la nk update. aku bosan ko tlong la cr kerja tuk aku gak

      Delete
    2. salam adeq egie..kamo ditagged yea..sile la join :)
      http://aisyahkz.blogspot.com/2012/01/contest-blog-paling-ceria-cute.html

      Delete