Sunday 29 January 2012

safe my long journey~~

 I hope start from today, my long life journey will be safe by almighty. Foot that i have will bring me to the safe place, good place, amazing place and..... even though i use a broken english but with the foot that i have it give me a strong heart to step by step facing with a reality life.


i don't want to be a cold heart, like did not aware about the surrounding of my self. To fight with a reality life where it is full with a various mode. I need to be confident, i need to be brave and i must improve my self by the experience. i hope the way that i choose will bring me to the right decision and give a sunshine in my life. 


Oh Allah the almighty, please safe me and bring me to the right way. Showing me the place that i need to go. I hope i will use my foot that given by almighty to the right place and hope it will safe me from other bad things in this world.....

Friday 27 January 2012

antara ilmu dan pengalaman...

Seperti mana yg kita sume dengar selama ini, ibu bapa sering menekan kan kita supaya belajar rajin2 supaya masa depan kita cerah. Mereka sering mengatakan tanpa ilmu kita akan susah di masa hadapan. Namun benarkah ini sume blh di ikutkan atau sekadar kata2 semangat untuk kita belajar saje?... emm persoalan ni sering timbul dlm benak otak aku sama ada betul ke pentingnya pergi belajar untuk dptkan ilmu atau cari pengalaman untuk mendapatkan ilmu. huhu... mesti ada prg xkan setuju dgn cara aku berfikir tp inilah realiti yg perlu di hadapi oleh anak2 muda sekarang.


Pada masa ini, ramai anak2 muda sdg brtungkus lumus memerah otak untuk belajar bg mndptkan segulung ijazah.. yela, org kata kalu diploma je dh ramai yg ambik diploma. bnyak persaingan. tp skrang pun ada yg ambik ijazah pun dh berlambak smpai keje pun xdpt coz dh xde sgt keistimewaa.. so org suh ambik pulak master tuk dptkn kelebihan dr org lain. tp master pun dh ramai, lepas ni brebut lak nk ambik PHD. bila sumenyer dh ramai yg ambik apa keistimewaan yg perlu ada pd seseorang tuk melayakkan dia dipilih untuk diambil bekerja???

Zaman kini, ramai org bijak pandai dh timbul. so diri sendiri perlu kuat tuk bersaing dgn situasi yg ada pd masa kini. Contohnye skrg kita ada segulung ijazah, kononnye dh menjanjikan keje yg bagus. tp hampeh bila pegi intebiu diorang tnya ada pengalaman tak?..halo kalu dh fresh graduate nk ada pengalaman mcm mana. kami xpenah keje. kalu sume keje nk kena cr pengalaman mcm mana dgn org yg xpernah ada pengalaman. Masalahnye kalu ada pun maybe kita buat part time je tp untuk bnda yg remeh temeh. So mcm mana nk ada pengalaman tuk jwatan yg tinggi. Bkn la tinggi sgt juz skadar apa yg ssuai ngn kelayakan. 


Persoalannye di sini, mcm mana blh ada businessman yg berjaya tp sbenarnya dulu dia tidak pernah belajar dan membaca. tp dia blh berjaya. Cuba kita fikir dan renungkan, adakah kita membazirkan masa muda kita dengan belajar selama ini, sdgkn org lain dr dulu sdah mncari pengalaman hidup dan dh mengecapi kesenangan. hmmm... kesimpulan yg dpt aku buat kt sini pengalaman keje mmg amat di dahului buat masa skg. Jd kita sbg mahasiswa/wi pd zaman skrag perlu perlengkap diri dgn, ilmu, pengalaman, idea yg bijak, ketahanan fizikal dan mental serta usaha. Jika sume ni sudah ada dlm diri kita maka blh bersaing dlm dunia yg penuh persaingan ini. jika ada ilmu dan pengalaman tp bodoh dlm mmberi idea xde guna jugak, kalu lembik n lembab mcm siput pun org xnak ambik, kalu malas pun org malas ambik. so renung - renungkan.....

Thursday 26 January 2012

bleeding rose~


Pernah dgr tak crita nih..aku pun xpasti ngn tajuk dia sama ada btul atau pun tak. tp buku crita ni pernah aku baca tyme aku kecik2 dulu. aku still igt lg jln crita dia... ia berkenaan cinta seekor burung kpd seorang puteri.


Di sebuah istana yg tersergam indah, tinggalnyer seorang puteri yang cantik. Dia di besarkan dengan segala kemewahan yg ada sehingga menyebabkan si puteri tidak dapat merasai perasaan kasih sayang yang sebenar. Jiwa puteri penuh dengan kekosongan. kerana kehidupannya hanyalah pd istana dan rakyat. Dia tidak pernah merasa dirinya di isi dengan kasih dan cinta dr orang di sekelilingnya. 


Setiap hari si puteri akan merenung jauh di sebalik tingkap istananya... tetapi rutin hariannya memang sgt membosankan. walaupun ketenangan dan keindahan taman di istana itu penuh bunga mawar yg mekar namun ia tetap mebosankan jiwa sang puteri. kerana ia menganggap taman itu seperti jiwanya yang kosong dimana ia di penuhi oleh bunga mawar yg berwarna putih sahaja. tidak ada warna lain untuk menceriakan sang puteri.


Pada satu hari ketika puteri membuka jendela istananya, dia terlihat seekor burung yg rancak menyanyi di atas pokok. Burung itu terbang dengan gembiranya sambil menyanyi2 dan hinggap di jendela sang puteri. Burung itu bertanya pd sang puteri , " kenapa tuan puteri yg cantik ini klihatan monyok?". Tuan puteri tidak menhiraukan kehadiran burung itu.. dia hanya merenung taman yg tiada seri di matanya. hari2 seterusnya burung itu trus bertanya...dengan hati yg ikhlas burung itu memberitahu dia snggup melakukan apa sahaja untuk menggembirakan tuan puteri yg dicintai nya. 


Tuan puteri merasa bosan dengan tingkah laku burung itu lalu dia menjawab, " kalau kamu betul2 ingin menggembirakan aku, tukarkan bunga ros putih itu menjadi warna merah dan bawakan pada ku". " baiklah kalau itu mampu menggembirakan tuan puteri patik akan membawanya dan persembakan pada tuan puteri". jawab burung tersebut. Namun, puteri hanya gelak kecil kerana dia tahu burung itu tiada kuasa untuk mengubah bunga ros putih kepada warna merah. Lalu tuan puteri menutup pintu jendela dan masuk ke dalam istanaya. 




Burung itu pun terus terbang dan mencari bunga ros putih yang kembang mekar dan besar untuk di beri kepada tuan puteri. Lalu burung itu mencucuk badannya dengan duri bunga ros yang tajam ke badannya hingga mengeluarkan darah yang merah dan pekat. Burung itu terus menitiskan setiap titisan darahnya di atas kelopak bunga ros putih itu sehingga ia bertukar menjadi warna merah. Setelah siap, dia terbang membawa bunga mawar berwarna merah dan di letakkan di tepi jendela tuan puteri.




Pada keesokan paginya, tuan puteri membuka jendela istananya. Dia terkejut apabila mendapati sekuntum bunga mawar berwarna merah ada di tepi jendelanya. Akan tetapi puteri merasa jijik dengan bunga mawar itu kerana ia di penuhi dengan darah yg merah dan pekat. lalu dia melontarkan bunga mawar itu ke bawah. Maka bersemadilah bunga ros berdarah bersama burung itu di tanah di hadapan jendela istana.  Burung tersebut mati kerana telah banyak kehilangan darah untuk bunga ros tersebut. Stelah itu tuan puteri pun bertukar menjadi burung dan terus hidup bebas mencari teman2 di alam ini setelah terkena sumpahan burung yg sentiasa menggembirakannya selama ini. 


 

Lotus and mockingbird


Mesti org pelik n trtanya2 knp aku namakan blog aku lotusmockingbird. huhu mesti korang pikir minah ni juz nk buat gempakz je lebey atau kasi sdap nama je. yaa~~ maybe tu slh satunye jugak. aku xnafikannye. 


tp apa yg pasti kedua2 perkara ni mmg benda yg aku suka tp xada dlm simpanan aku atau kata lain koleksi aku sndiri. Bagi aku, bunga lotus @ teratai mmg sgt cantik pd pndangan mata aku trutama ketika ia kembang. Tp bukan disbbkn kecantikan pd pandangan shj buat aku trtarik ttp ia melambangkn satu pengorbanan pd pndangan mata jiwa aku yg jiwang nih. Aku minat bunga ni sejak aku kecik lg tyme skolah rendah. nak tau mcm mana aku blh jatuh cinta pd bunga teratai nih. 


Maybe korang igt aku ni trpengaruh crita korea yg pernah mnjadikan bunga teratai as inspirasi tuk cinta. Tp bkn itu yg sbnarnye. Dulu masa kecik2 aku pernah pergi mlawat zoo taiping n aku igt lg dkat zoo taiping tu ada satu tasik yg bg aku xde la cntik sgt. Air hijau n agak kotor la.. tp di sbbkn kecantikan bunga teratai yg terhampar di atas permukaan tasik tu mnyebabkn tasik itu berseri n jd tarikan pelancong. Dr situ aku trtanya2 bunga apa tu?? coz aku xprnah tgok bunga yg cntik di atas air. dr situ laa aku start knal n tahu bahawa masih ada benda yg mampu bersinar dan berseri di dlm kekotoran dan kehodohan yg hanya nmpk pd mata kasar shj. 


Thats why i choose lotus as my flowers coz i'm not perfect as others but i will try to find the sunshine in my self and let be a secret love.




Pasal mockingbird pulak, aku suka dgn burung ni coz burung mockingbird ni byk kt kg2, maybe bandar pun ada kot. Tp burung ni smemangnye peneman aku dr dulu. Aku xplihara pun burung ni, tp ia slalu ada n bermain di tepi tingkap bilik aku n bermain2 di atas pokok brhampiran bilik aku. so, kira peneman la jugak coz bila aku bangun pg n bukak tingkap pintu bilik hari aku rasa aman dan tenang bila tgok burung ni bermain. 


Kadang2 aku suka berfikir berdasarkan alam sekitar... suka merenung n membandingkan nasib aku dgn alam skitar. apa yg ada dihadapan aku jd inspirasi untuk mndapat ketenangan. so stakat ni jela kisah aku anatara lotus and mockingbird....